PM mulakan lawatan kerja dua hari ke Pulau Pinang
2026-08-28 HaiPress

Foto FB Anwar Ibrahim
GEORGE TOWN,28 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memulakan lawatan kerja dua hari ke Pulau Pinang yang padat dengan pelbagai pengisian melibatkan pertemuan bersama-sama pelajar,komuniti Islam dan masyarakat setempat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau kemudiannya dijadualkan menghadiri Program Tadabbur Perdana Peringkat Nasional dan Program Maidah Wanita MADANI Permatang Pauh di Masjid Muhajirin,Seberang Jaya pada 11.30 pagi.
Pada sebelah petang,Menteri Kewangan itu dijadualkan merasmikan Jambori Pengakap Malaysia ke-15 (MYJAM15) di Stadium Negeri Pulau Pinang,Batu Kawan yang menghimpunkan lebih 5,450 pengakap tempatan dan antarabangsa dari 11 negara termasuk Korea Selatan,Indonesia,Singapura dan Sri Lanka.
Penganjuran jambori kali ini melakar sejarah tersendiri apabila acara kebangsaan itu kembali ke Pulau Pinang selepas 60 tahun,sejak negeri itu menjadi tuan rumah pertama di Teluk Bahang pada 1966.
Datuk Seri Anwar kemudiannya akan menghadiri Program Kemuncak Ambang Merdeka Sahabat MADANI 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh pada 4 petang,sekali gus mengakhiri lawatan kerja beliau di Pulau Pinang. -BERNAMA