JBPM sedia gerak pasukan bantuan ke Nepal bila-bila masa
2026-08-28 HaiPress

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,Datuk Seri Nor Hisham Mohammad ketika ditemu bual secara eksklusif RTM
PUTRAJAYA,28 Ogos– Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia menggerakkan pasukan bantuan bencana ke Nepal sekiranya diarah berbuat demikian.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut beliau,pasukan yang dianggotai 50 orang itu sentiasa dalam keadaan siap sedia untuk dikerahkan dalam masa singkat bagi mengendalikan pelbagai skala insiden kecemasan.
Bagaimanapun,jumlah anggota serta bentuk bantuan yang akan dihantar bergantung kepada keperluan dan permohonan rasmi daripada kerajaan Nepal.
Selain itu,sebarang penghantaran pasukan juga tertakluk kepada kelulusan Kementerian Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku penyelaras pusat.
“Memang bomba telah bersedia dan pada bila-bila masa,kalau diarah gerak,kita akan gerakkan pasukan,” tambahnya.
Dalam pada itu,Datuk Seri Nor Hisham memaklumkan JBPM turut mempunyai pasukan khas termasuk Special Tactical Operation and Rescue Malaysia (STORM) yang boleh digerakkan sekiranya diperlukan,tertakluk kepada keperluan operasi.
Beliau berkata,aspek dokumentasi menjadi antara persediaan penting bagi memastikan sebarang misi bantuan luar negara dapat dilaksanakan tanpa kelewatan,khususnya dari segi ketersediaan pasport anggota.
Pada masa sama,JBPM turut mengambil kira keperluan operasi sedia ada dalam menentukan jumlah anggota yang sesuai untuk dihantar sekiranya misi bantuan ke Nepal diluluskan.