Operasi selamatkan 100 mangsa terperangkap dalam terowong hidroelektrik Nepal giat dilakukan
2026-08-28 HaiPress

Foto AFP
KATHMANDU,28 Ogos – Pasukan penyelamat helikopter tentera Nepal sedang berusaha menyelamatkan kira-kira 100 mangsa yang terperangkap di dalam terowong projek hidroelektrik selepas kawasan berkenaan dilanda banjir berikutan tanah runtuh pada Rabu lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beberapa pekerja yang berjaya keluar menceritakan tragedi terbabit yang berlaku dalam tempoh sangat singkat.
“Saya selamat kerana berada di dalam terowong ketika banjir melanda. Namun,pegawai kanan yang berada di bahagian luar semuanya telah dihanyutkan arus deras,” ujar Tamang yang terpaksa menanti lebih 24 jam sebelum diselamatkan.
Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengesahkan bencana banjir dahsyat yang berlaku pada Rabu lalu berpunca daripada runtuhan glasier yang mencetuskan aliran sisa ais berkuasa tinggi.
Perubahan iklim global dikenal pasti sebagai punca utama peningkatan risiko banjir tasik glasier di rantau berkenaan.
Kejadian ini telah memutuskan laluan perhubungan utama termasuk jambatan dan jalan raya di kawasan pergunungan utara Nepal,selain merosakkan pelbagai infrastruktur hidroelektrik penting negara tersebut.- AFP