Close

Banjir Nepal-Tibet: Sekurang-kurangnya 165 maut, lebih 1,000 masih hilang

2026-08-27 HaiPress

Sebuah jambatan runtuh serta kawasan perumahan ditenggelami lumpur susulan banjir kilat di Devighat,Perbandaran Bidur di daerah Nuwakot,Nepal / Foto AFP

KATHMANDU,27 Ogos – Sekurang-kurangnya 165 orang maut manakala lebih 1,000 masih hilang selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI

Di Tibet,media kerajaan China melaporkan 558 orang masih hilang,termasuk 260 warga asing,selepas kejadian tanah runtuh di Pelabuhan Gyirong.

Bencana bermula dengan aliran lumpur dan serpihan besar yang melanda penempatan di sepanjang Sungai Bhote Koshi dan Trishuli,sebelum bergerak kira-kira 170 kilometer ke kawasan tengah Nepal.

Rakaman kamera pemantau dari pihak China menunjukkan,arus lumpur besar merempuh bangunan beberapa tingkat serta menghanyutkan bas dan kenderaan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata,kejadian itu pada awalnya disangka gempa bumi berukuran 4.4,namun analisis lanjut mendapati ia berpunca daripada runtuhan glasier dan aliran serpihan,bukannya gempa bumi.

Di Nepal,kawasan paling teruk terjejas ialah Rasuwa sebelum banjir merebak ke enam daerah lain hingga ke Chitwan di selatan.

Antara lokasi yang dilanda bencana ialah Syabrubesi,yang menjadi pintu masuk ke kawasan pendakian popular serta laluan jemaah menuju Gunung Kailash.

Pasukan penyelamat Nepal dan China kini giat mencari mangsa yang hilang.

Tentera Nepal turut menjalankan operasi udara bagi membantu pemindahan penduduk.

Di Tibet,hampir 800 anggota penyelamat bersama 150 kenderaan,anjing pengesan dan bot laju dikerahkan.

Presiden China,Xi Jinping,mengarahkan semua usaha digerakkan bagi mencari dan menyelamat mangsa.

Bagaimanapun,pakar memberi amaran kemungkinan berlaku banjir kedua kerana aliran sungai masih tersekat akibat timbunan lumpur dan serpihan di kawasan hulu.

Perubahan iklim yang menyebabkan pencairan glasier turut meningkatkan risiko runtuhan glasier dan banjir besar secara tiba-tiba di kawasan pergunungan. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap