Close

“Ratu Polka Dot” Jepun, Yayoi Kusama meninggal dunia pada usia 97 tahun

2026-08-27 HaiPress

Yayoi Kusama,seniman “avant-garde” Jepun / Foto fail AFP

TOKYO,27 Ogos – Yayoi Kusama,seniman “avant-garde” Jepun yang terkenal di seluruh dunia dengan motif bintik polka,arca labu dan instalasi cermin yang memukau meninggal dunia akibat kegagalan pelbagai organ di sebuah hospital di Tokyo pada 14 Ogos,menurut yayasan yang ditubuhkan bagi menyokong beliau,lapor Kyodo News pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI

Di sana,Kusama menghasilkan lukisan berskala besar dan arca,selain menganjurkan festival lukisan badan serta pertunjukan fesyen,sebahagiannya sebagai bantahan terhadap Perang Vietnam dan isu sosial lain.

Beliau kembali ke Jepun pada 1973 dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini,siri instalasi popular “Infinity Mirror Rooms” yang menawarkan pengalaman pantulan tanpa penghujung kepada pengunjung,meraih populariti global di Instagram.

Pada 2017,Kusama membuka muzium yang didedikasikan kepada karya-karyanya di sebuah kawasan kejiranan berhampiran kediamannya di Wad Shinjuku,Tokyo.

Kusama yang sering tampil dengan rambut palsu berwarna-warni serta pakaian menyerlah bercorak bintik polka,disenaraikan dalam 100 individu paling berpengaruh di dunia oleh majalah TIME pada 2016.

Beliau menerima anugerah “Order of the Rising Sun,Gold Rays with Rosette” oleh kerajaan Jepun pada 2006. – BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap