Close

Meta bayar denda AS$18 bilion, bakal hadkan Facebook dan Instagram remaja

2026-08-27 HaiPress

Foto REUTERS

WASHINGTON,27 Ogos – Meta Platforms bersetuju melaksanakan perubahan besar terhadap Facebook dan Instagram serta membayar sehingga AS$18 bilion (RM72.49 bilion) bagi menyelesaikan tuntutan daripada kebanyakan negeri di Amerika Syarikat yang mendakwa kedua-dua platform itu direka untuk menyebabkan kanak-kanak ketagih dan mengelirukan pengguna mengenai aspek keselamatan.

RINGKASAN BERITA AI

Meta juga akan memperkukuh langkah bagi menghalang kanak-kanak daripada mengakses kandungan yang mempunyai sekatan umur.

Pendakwa Raya California,Rob Bonta berkata,penyelesaian itu akan membawa perubahan dalam usaha melindungi kanak-kanak daripada risiko penggunaan media sosial.

“Kita melindungi anak-anak daripada pelbagai bahaya setiap hari,tetapi kita tidak mampu melindungi mereka daripada kemudaratan yang disembunyikan Meta,penipuan berkaitan keselamatan atau reka bentuk platform yang bertujuan menarik mereka untuk terus menggunakannya,” katanya dalam sidang media secara maya.

Bonta berkata,California akan menerima antara AS$1.5 bilion hingga AS$2.1 bilion (RM6.04 bilion hingga RM8.46 bilion) sekiranya penyelesaian itu diluluskan mahkamah.

Menurutnya,wang berkenaan akan digunakan bagi tujuan mencegah atau menangani masalah kesihatan mental serta kemudaratan lain yang dikaitkan dengan penggunaan media sosial dalam kalangan golongan muda di negeri itu.

Walaupun Meta tidak perlu melakukan perubahan menyeluruh terhadap operasinya,penyelesaian itu menetapkan beberapa langkah baharu mengenai cara syarikat berkenaan mengendalikan pengguna muda.

Penyelesaian itu dijangka memberi tekanan kepada syarikat teknologi lain untuk memperkukuh langkah keselamatan serta kawalan penggunaan dalam kalangan pengguna bawah umur. – REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap