Close

Pegawai polis ditahan susulan kes orang hilang di Pulau Jeju

2026-08-27 HaiPress

Empat individu dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia di sekitar Pulau Jeju / Foto REUTERS

SEOUL,27 Ogos – Seorang anggota polis Korea Selatan ditahan susulan dakwaan menutup beberapa kes orang hilang di Pulau Jeju secara palsu dan membuat siasatan secara pramatang,selepas empat individu yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam tempoh tiga hari.

RINGKASAN BERITA AI

Antara kes yang mencetuskan perhatian ialah kehilangan Jang Mi-ran,37,yang dilaporkan hilang pada Mei lalu.

Mayat wanita itu ditemukan pada Isnin,104 hari selepas dilaporkan hilang,di kawasan ladang palma berhampiran tempat penginapannya di Jeju.

Dalam satu lagi kes,seorang lelaki berusia 60-an turut ditemukan meninggal dunia selepas keluarganya membuat laporan kehilangan semula dan operasi pencarian dijalankan.

Bu didakwa menutup kedua-dua kes berkenaan selepas mendakwa sudah menghubungi mangsa,namun polis gagal menemukan rekod yang membuktikan komunikasi itu berlaku.

Kes berkenaan mencetuskan kemarahan awam selepas empat individu yang dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia di beberapa lokasi di Jeju dalam tempoh tiga hari.

Susulan kontroversi itu,Presiden Korea Selatan,Lee Jae Myung,mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap pengendalian kes berkenaan serta meminta pembaharuan asas dalam pasukan polis.

Dalam mesyuarat Kabinet pada 25 Ogos,Lee turut menegaskan keperluan meningkatkan akauntabiliti polis,khususnya ketika pasukan berkenaan bakal memainkan peranan lebih besar dalam siasatan jenayah susulan pembaharuan undang-undang di negara itu.

Pihak polis turut menjalankan pemeriksaan terhadap sistem pengendalian kes orang hilang bagi memastikan kes tidak boleh ditutup tanpa pengawasan dan kelulusan sewajarnya. – REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap