RCI Tabung Haji: Sebarang penyelewengan disiasat hingga ke lubang cacing
2026-08-26 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 Ogos – Kerajaan Madani akan memastikan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan ketelusan,termasuk menyiasat sebarang penyelewengan hingga ke akar umbi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurutnya,gabungan kepakaran anggota RCI dalam bidang perundangan,pentadbiran awam,perbankan,Syariah dan audit memastikan setiap siasatan serta cadangan tindakan dibuat secara bebas,profesional,adil dan berintegriti tanpa sebarang campur tangan.
Beliau berkata pelaksanaan RCI itu juga didukung oleh titah perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 2021,selain ketegasan Sultan Ibrahim pada 8 Ogos lalu yang menuntut sebarang penyelewengan disiasat “hingga ke lubang cacing”.
Dalam pada itu,Zulkifli berkata sebagai sebuah institusi Parlimen yang berwibawa,beliau menghormati proses Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan kerajaan bersedia memberikan kerjasama penuh sekiranya diperlukan.
“Namun,fokus utama buat masa ini adalah memastikan tindakan susulan terhadap Laporan RCI Tabung Haji dapat diselesaikan secara tegas dan menyeluruh,” katanya.
Beliau berkata langkah itu penting bagi memelihara amanah jutaan pendeposit serta mempertahankan kesucian harta umat Islam.