Close

40 terbunuh dalam serangan di Kenscoff

2026-08-25 HaiPress

Foto REUTERS

PORT-AU-PRINCE,25 Ogos – Keganasan kumpulan bersenjata di Haiti kembali meragut nyawa apabila kira-kira 40 orang terbunuh dalam serangan terhadap penduduk yang kehilangan tempat tinggal di sebuah gereja di Kenscoff,berhampiran ibu negara,pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI

Pejabat Perdana Menteri Haiti,Alix Didier Fils-Aime dalam kenyataan menyatakan simpati kepada keluarga mangsa dan mengumumkan penghantaran pasukan tambahan untuk memulihkan keselamatan di kawasan berkenaan.

Haiti,negara termiskin di benua Amerika,telah lama berdepan ketidakstabilan politik,rasuah dan keganasan kumpulan bersenjata yang menguasai sebahagian besar ibu negara.

Kumpulan berkenaan sering dikaitkan dengan pembunuhan,rogol,rompakan dan penculikan,selain terus berusaha meluaskan kawasan pengaruh mereka.

Menurut PBB,hampir 1.5 juta penduduk Haiti kini kehilangan tempat tinggal,manakala lebih lima juta berdepan ketidakjaminan makanan yang serius.

Krisis keselamatan bertambah buruk pada awal 2024 apabila kumpulan berkenaan melancarkan gelombang keganasan yang membawa kepada peletakan jawatan perdana menteri ketika itu.

Haiti tidak mengadakan sebarang pilihan raya sejak 2016.

Presiden terakhirnya,Jovenel Moise,dibunuh pada Julai 2021 dan tidak digantikan.

Pilihan raya umum dijadualkan diadakan pada Disember tahun ini. -AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap