Close

Pasukan bomba berjaya kawal 27 peratus kebakaran Hawk

2026-08-25 HaiPress

Foto REUTERS

RENO,25 Ogos – Kebakaran hutan Hawk yang tercetus berhampiran Reno,disini memusnahkan lebih 15,000 ekar atau kira-kira 6,070 hektar kawasan dalam tempoh 48 jam,ketika pasukan bomba terus berusaha mengawal kebakaran itu.

RINGKASAN BERITA AI

Kebakaran itu turut menyebabkan kira-kira 90,000 penduduk diarahkan berpindah atau bersiap sedia meninggalkan kediaman masing-masing ketika api merebak dengan pantas pada hujung minggu.

Bagaimanapun,keadaan bertambah baik pada Isnin apabila pihak berkuasa menarik balik arahan pemindahan di beberapa kawasan.

Sherif Darin Balaam berkata kira-kira 23,000 penduduk masih diarahkan berpindah,manakala 40,000 lagi diminta bersiap sedia untuk meninggalkan kediaman pada bila-bila masa.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini,namun empat orang awam dan tiga anggota pasukan kecemasan mengalami kecederaan ringan ketika kebakaran bermula.

Pihak berkuasa memaklumkan kebakaran Hawk berpunca daripada aktiviti manusia.

Namun siasatan masih dijalankan bagi menentukan sama ada ia tercetus secara sengaja atau tidak disengajakan. – REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap