Close

Filem mengenai Gaza arahan pengarah No Other Land sertai Festival Filem Venice

2026-08-25 HaiPress

Basel Adra dan Yuval Abraham,pengarah bersama dokumentari No Other Land,memegang trofi Oscar selepas filem itu memenangi kategori Dokumentari Terbaik pada Anugerah Akademi ke-97 di Los Angeles pada Mac 2025

ROM,25 Ogos – Dokumentari mengenai perang Israel di Gaza arahan pengarah filem pemenang Oscar “No Other Land” tersenarai ke Festival Filem Venice hanya beberapa hari sebelum pertandingan itu bermula,lapor Agensi Berita Jerman (dpa),memetik penganjur pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI

Filem baharu itu diterbitkan oleh The Guardian dan James Wilson,manakala Pengarah Jonathan Glazer bertindak sebagai penerbit eksekutif. Wilson dan Glazer sebelum ini bekerjasama menerusi “The Zone of Interest”,yang memenangi Oscar bagi Filem Cereka Antarabangsa Terbaik pada 2024.

“No Other Land” memenangi Anugerah Dokumentari untuk Abraham dan Szor di Festival Filem Antarabangsa Berlin 2024 sebelum memenangi Anugerah Akademi bagi Dokumentari Terbaik pada 2025.

Timbul kontroversi pada majlis anugerah di Berlin selepas Abraham menuduh Kerajaan Israel melakukan “apartheid”,yang mencetuskan tuduhan antisemitisme. – BERNAMA-dpa

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap