Close

Skop SARA dicadang diperluas kepada pembelian makanan berkhasiat

2026-08-13 HaiPress

Foto FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR,13 Ogos–Skop Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dicadang diperluas kepada pembelian makanan berkhasiat termasuk buah-buahan,sayur-sayuran dan sumber protein segar.

RINGKASAN BERITA AI

Antara yang diberi perhatian ialah cadangan mekanisme peralihan atau ‘soft landing’ melalui program beras bersubsidi bagi memastikan kumpulan rentan terus dilindungi sebelum sebarang perubahan dasar dilaksanakan secara menyeluruh.

Dalam pada itu,kerajaan juga mengambil serius tekanan kos yang dihadapi sektor perniagaan,logistik dan agromakanan,termasuk kesan perkembangan geopolitik,kos pematuhan import serta penyasaran subsidi terhadap kos pengeluaran makanan.

Agensi berkaitan diminta terus memperhalusi mekanisme sedia ada,termasuk bantuan bersasar kepada petani,nelayan dan kumpulan yang terkesan bagi memastikan tekanan kos tidak membebankan pengguna.

Mengenai aspek kesihatan,mesyuarat turut mengambil maklum kemajuan 11 inisiatif RESET yang sedang dilaksanakan bagi membantu menangani kos penjagaan kesihatan swasta,memperluas akses dan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Dari aspek pendidikan pula,kerajaan kekal komited memastikan kos pendidikan tidak menjadi penghalang kepada pembangunan modal insan.

Berdasarkan pemetaan 13 program bantuan pendidikan tertiari,seramai 62,937 pelajar tingkatan enam dan universiti menerima bantuan pada tahun lalu,melibatkan nilai keseluruhan RM589.6 juta.

Menurut Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NACCOL,penyelarasan antara kementerian,agensi dan semua pihak berkepentingan perlu diperkukuh bagi memastikan setiap ikhtiar kerajaan memberi kelegaan kepada rakyat,meningkatkan kuasa beli dan mengurangkan tekanan kos sara hidup secara berterusan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap