Nilai pelaburan Selangor Aero Park dijangka cecah RM1 bilion
2026-08-13 HaiPress

Foto BERNAMA
SHAH ALAM,13 Ogos – Nilai pelaburan di Selangor Aero Park @KLIA Aeropolis (SAP) dijangka mencecah RM 1 bilion pada tahun depan,didorong perkembangan sektor aeroangkasa serta minat syarikat tempatan dan antarabangsa untuk melabur di kawasan tersebut.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,sehingga 20 Julai lalu,kerja tanah bagi fasa pertama SAP seluas 200 ekar telah siap sepenuhnya,manakala pembangunan infrastruktur mencapai 48 peratus.
Pembangunan infrastruktur itu dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua 2027. Daripada keluasan berkenaan,100 ekar diperuntukkan kepada GE Aerospace bagi pembangunan fasiliti MRO enjin pesawat.
Manakala,baki 100 ekar pula katanya sedang melalui rundingan teknikal dan komersial dengan beberapa pemain industri aeroangkasa berpotensi yang turut menjangkakan pelaburan itu dapat mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab aeroangkasa serantau.