Dua murid SK Sisipan wakili Malaysia Ke Pertandingan Dron Antarabangsa
2026-07-15 HaiPress

Muhammad Hazriq Iskandar Abdullah dan Nur Halinah Atikah Mohd Moktar bergambar bersama Menteri MOSTI/Foto Facebook
KUALA LUMPUR,15 Julai – Dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sisipan,Pulau Bum-Bum,Semporna,Sabah dipilih mewakili Malaysia ke Pertandingan Dron Antarabangsa PilotX di Hong Kong.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Inilah matlamat sebenar Malaysia Techlympics. Kita tidak mahu bakat hanya ditemui di bandar-bandar besar.
“Kita mahu mencari,menyemai dan membangunkan bakat di seluruh negara supaya setiap anak Malaysia,tanpa mengira latar belakang atau lokasi,mempunyai peluang yang sama untuk menyerlah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dua murid SK Sisipan,Semporna bakal mewakili Malaysia ke Pertandingan Dron Antarabangsa PilotX di Hong Kong/Foto Facebook
Pertandingan itu akan menghimpunkan peserta dari Hong Kong,China,Malaysia,Indonesia dan Mexico.
Terdahulu,beliau menyampaikan jaket kontinjen Malaysia kepada kedua-dua murid berkenaan sebagai simbolik pelepasan mereka ke pertandingan tersebut.