Malaysia cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Mampan perkukuh usaha tangani jerebu ASEAN
2026-07-10 HaiPress

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,Datuk Seri Arthur Joseph Kurup bersama menteri-menteri alam sekitar dari negara-negara selatan ASEAN hadiri MSC ke-27 di Bali./ FB Datuk Seri Arthur Joseph Kurup
KUALA LUMPUR,10 Julai – Malaysia mengemukakan cadangan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan sebagai pendekatan baharu bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP),ketika Mesyuarat Ke-27 Jawatankuasa Pandu Peringkat Menteri-Menteri Sub-Serantau (MSC) Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan di Bali,Indonesia.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut beliau,Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) turut membentangkan perkembangan terkini Southeast Asia Fire Danger Rating System (SEA FDRS) yang akan diguna pakai semua negara anggota bagi mempertingkat pemantauan serta langkah pencegahan kebakaran hutan dan jerebu.
Datuk Seri Arthur berkata,mesyuarat itu turut menyaksikan komitmen semua negara anggota untuk terus memperkukuh usaha pencegahan,kesiapsiagaan dan tindak balas secara bersepadu dalam merealisasikan aspirasi ASEAN Bebas Jerebu menjelang 2030.
Dalam perkembangan sama,beliau memaklumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah Mesyuarat MSC tahun depan selaku Timbalan Pengerusi bagi tahun ini.
Katanya,cadangan Malaysia untuk menganjurkan mesyuarat berkenaan buat julung kali di Kota Kinabalu,Sabah turut dipersetujui semua negara anggota.
“Saya mengusulkan supaya mesyuarat peringkat ASEAN ini diadakan buat kali pertama di Kota Kinabalu,Sabah dan usul ini telah diterima.
“Semoga segala persediaan dan perancangan ke arah penganjurannya dipermudahkan serta berjalan lancar,” katanya.
Mesyuarat Ke-27 MSC menghimpunkan menteri-menteri alam sekitar dari negara-negara selatan ASEAN bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani isu jerebu rentas sempadan dan cabaran perubahan iklim.