Operasi SAR dua pendaki terkandas di Gunung Batu Putih dipergiat – JBPM Perak
2026-05-25 HaiPress

Foto JBPM Perak
IPOH,25 Mei– Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki yang dipercayai terkandas di laluan Gunung Batu Putih,Tapah sejak Ahad (24 Mei) terus dipergiat dengan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut beliau,seramai 12 anggota Pasukan Khas STORM JBPM Perak diterbangkan ke Puncak Gunung Batu Putih menggunakan helikopter dari Kem PGA Bidor sebelum bergerak ke lokasi mangsa dengan berjalan kaki.
Operasi turut dibantu Malim Gunung Perhutanan dan pegawai Jabatan Perhutanan Perak.
Dalam kejadian itu,mangsa lelaki,Mohd Hanafi Neikmad,41 tahun dilaporkan tidak dapat meneruskan perjalanan selepas mengalami masalah pernafasan ketika berada di Kem Batu Core sejak malam Sabtu lalu.
Seorang lagi pendaki wanita,Jaslinda Saludin,49 tahun,yang dilaporkan mengalami kecederaan kaki pula masih belum dapat dikesan dan operasi SAR terus digerakkan.
Terdahulu,kumpulan pendaki terbabit memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada pukul 2.00 pagi,Sabtu lalu melibatkan laluan Pos Gedung,Gunung Bah Gading,Gunung Batu Putih hingga Kuala Woh.
Sementara itu,lokasi Jaslinda masih belum dapat dikenal pasti selepas komunikasi terakhir diterima daripada malim gunung pengiring pada pukul 5.45 petang pada Ahad (24 Mei).
Operasi SAR melibatkan anggota BBP Tapah,Pasukan STORM JBPM Perak,Unit Udara JBPM serta bantuan agensi keselamatan dan perhutanan negeri.