TVET laluan pelajar SPM bina masa depan
2026-04-30 HaiPress

Foto hiasan
BALING,30 April -Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan kurang cemerlang dalam bidang akademik disarankan untuk mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
RINGKASAN BERITA AI
−
Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Rakyat Baling,Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkat,menerusi program TVET,para pelajar dapat menentukan hala tuju demi masa depan mereka denganp pelbagai latihan kemahiran turut ditawarkan kepada mereka.
Beliau memaklumkan,pihaknya akan menganjurkan Karnival Kerjaya TVET di kawasanya dalam tempoh terdekat yang turut melibatkan agensi-agensi berkaitan TVET.
“Mereka juga tidak dipinggirkan; sebaliknya kita membantu mereka melalui TVET dengan membawa semua agensi dan kolej komuniti berkaitan untuk hadir ke sini bagi mengadakan sesi temu duga dan taklimat. Saya ingin menegaskan bahawa kegagalan dalam satu aspek tidak bermakna kita gagal sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Kepada Pelajar Cemerlang SPM 2025 daerah Baling,di sini.