Wanita alami masalah mental hilang di Siburan ditemukan selamat
2025-12-08 HaiPress

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Aron Rajak,57,telah dihentikan serta merta pada pukul 10.00 pagi,hari ini/foto RTM
SIBURAN,8 Disember - Seorang wanita yang dilaporkan hilang tiga hari lepas ditemukan selamat pagi tadi.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan,Ahmad Shah Saad,mangsa Aron Rajak,yang hilang di Kampung Simpok dijumpai pada kedudukan satu kilometer dari kampung itu oleh penduduk tanpa sebarang kecederaan.
"Mangsa dipercayai bersembunyi disebuah pondok di kawasan kebun sebelum membuat keputusan untuk kembali ke rumahnya.
"Kes kali ini tiada kaitan dengan unsur alam dan mangsa hanya mengalami gangguan mental," jelasnya ketika dihubungi pemberita Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Susulan penemuan itu,operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dihentikan serta merta pada pukul 10.00 pagi,hari ini. Mangsa telah dibawa ke hospital umum Sarawak untuk rawatan lanjut.