Close

36,000 liter diesel disyaki seludup dirampas di Taiping

2025-08-15 HaiPress

Diesel bernilai RM292,840 dirampas dalam operasi KPDN Perak di Taiping,membongkar kegiatan penyelewengan bahan api. Foto- KPDN PERAK

TAIPING,15 Ogos - Sebanyak 36,000 liter cecair disyaki diesel dirampas dalam serbuan ke atas sebuah bengkel di Simpang,di sini,semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak,Datuk Kamalluddin Ismail,berkata serbuan pada pukul 1.20 pagi itu dilakukan menerusi Op Tiris 2025 selepas pemantauan selama seminggu.

“Pemeriksaan di lokasi menemukan 22 tangki Intermediate Bulk Container (IBC) dan sebuah skid tank yang dilengkapi pam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata,seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang mengaku sebagai pemandu lori ditahan selepas gagal mengemukakan surat kebenaran,lesen atau permit menyimpan barang kawalan daripada pihak berkuasa.

Menurutnya,kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM292,840.

“Modus operandi sindiket ini adalah mendapatkan minyak diesel daripada bot nelayan dan pemandu lori yang tidak amanah. Minyak itu dibeli pada harga sekitar RM2.15 seliter sebelum dijual kepada pihak industri di pasaran gelap pada harga RM2.45 seliter,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap