Close

JBPM Melaka rekod hampir 400 kes kebakaran hingga 30 Julai 2025

2025-08-14 HaiPress

Mohd Zaidi Ma’at

BUKIT KATIL,14 Ogos - Sebanyak 377 kes kebakaran direkodkan di Melaka hingga 30 Julai lalu.


Daripada jumlah itu,315 kes melibatkan kebakaran struktur,manakala 62 kes lagi membabitkan kenderaan.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka,Mohd Zaidi Ma’at berkata,kebakaran tertinggi dikenal pasti berpunca daripada pemanasan akibat rintangan elektrik yang merangkumi 65 peratus atau sebanyak 201 kes.

"Kebiasaannya ia melibatkan kelonggaran kepada sistem pendawaian yang rosak. Kadang-kadang dalam sistem elektrikal kita ini,apabila wayar elektrik tak ketat dia akan longgar dan akan berlaku lompatan atau 'spark'. Sekali gus menyebabkan haba yang tinggi.

"Jadi dia akan cetuskan percikan api dan menyebabkan kebakaran. Banyak kes yang kita temuikan dalam hasil siasatan di Melaka,termasuk melibatkan peralatan elektrik yang rosak,yang juga menyumbang kepada punca kebakaran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ogos 2025 Peringkat JBPM Melaka di Bukit Katil.


Dalam pada itu,Mohd Zaidi turut menasihatkan pengguna supaya membuat pemantauan berkala sistem elektrik di premis masing-masing.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap