Close

Tiada bukti sahih lokasi Jho Low, KDN terus jalin kerjasama antarabangsa

2025-07-24 HaiPress

Jho Low didakwa kini menetap di kawasan mewah 'Green Hills' di Shanghai,China

KUALA LUMPUR,24 Julai - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan,sehingga kini tiada sebarang bukti sahih atau fakta sokongan berhubung dakwaan lokasi terkini ahli perniagaan dikehendaki,Low Taek Jho atau Jho Low,termasuk penggunaan pasport palsu seperti yang dilaporkan.

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata,KDN sentiasa menjalinkan kerjasama erat dan berterusan dengan pihak berkuasa serta agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa dalam usaha mengesan individu berkenaan.

"Setakat ini dakwaan mengenai lokasi dan juga penggunaan pasport individu yang disebut itu masih belum ditemui.

"Belum ada fakta sokongan ataupun mana-mana bukti yang sah dan sahih,ia kekal sebagai satu pelaporan oleh wartawan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Sasana Kijang Bank Negara Malaysia hari ini.

Terdahulu media melaporkan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau ada membaca mengenai laporan berita berhubung keberadaan Jho Low yang didakwa kini menetap di kawasan mewah 'Green Hills' di Shanghai,China,namun akan membuat semakan maklumat dengan Saifuddin.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap