Close

Jangan terperdaya akaun TikTok palsu Tengku Ampuan Pahang

2025-07-24 HaiPress

Foto Facebook Kesultanan Pahang

KUANTAN,24 Julai - Orang ramai diminta tidak terperdaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Pahang telah mengesan akaun dengan nama 'Tengku Ampuan Pahang' yang menyamar sebagai baginda dan membuat beberapa hantaran berkaitan Tunku Azizah.

“Tengku Ampuan Pahang hanya memiliki akaun sosial yang aktif di aplikasi Instagram,namun ia bersifat peribadi,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini.

Sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan satu akaun sah di laman Facebook Kesultanan Pahang dengan kira-kira 728,000 pengikut.

Platform media sosial lain seperti Instagram,TikTok,Youtube dan aplikasi X hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang,manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap