Boost perluas capaian pembayaran guna Weixin Pay di China
2025-07-04 IDOPRESS
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,3 Julai - Boost,peneraju fintech serantau,mengumumkan peningkatan keupayaan pembayaran rentas sempadan dengan integrasi baharu bersama UnionPay International (UPI) yang merangkumi penerimaan terus di peruncit kod respon pantas (QR) Weixin Pay di China.
Weixin Pay yang dikenali secara global sebagai WeChat Pay,meluaskan capaian Boost ke salah satu ekosistem pembayaran digital paling maju di dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life,Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berkata langkah ini mengukuhkan usaha Boost untuk membina ekosistem kewangan bersepadu yang memudahkan urus niaga di dalam dan luar negara melalui satu platform sahaja.
“Dengan kerjasama bersama UnionPay dan capaian luas di China melalui Weixin Pay,pengguna Boost kini boleh menikmati pengalaman pembayaran digital rentas sempadan yang lebih mudah dan lancar,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini,hari ini.
Pencapaian terbaharu ini mengukuhkan matlamat Boost untuk mengintegrasikan teknologi kewangan,di mana perkhidmatan perbankan digital ini membolehkan pengguna berurusniaga dengan selamat dan terjamin.
Menerusi ciri 'scan & pay',pengguna Boost kini boleh membuat pembayaran dengan hanya mengimbas kod QR,tanpa memerlukan aplikasi tambahan.