Close

Ibu mentua Hamzah Zainuddin maut kebakaran rumah dua tingkat

2025-06-20 IDOPRESS

Mayat mangsa,Salmiah Nyak Matt,84 ditemukan rentung dalam sebuah bilik/Foto Bomba

IPOH,20 Jun - Seorang wanita warga emas yang juga ibu mentua kepada Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Jalan Raja Abdullah,Kampung Sungai Rapat Tambahan di sini,malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon ketika mengesahkan perkara berkenaan berkata mangsa yang maut Salmiah Nyak Matt,84 manakala suaminya Abdul Ghani Ngah kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB).

"Yang meninggal itu ibu mentua (kepada Hamzah)," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Sayani berkata empat mangsa lain terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan.

"Mangsa lelaki warga emas berusia 83 tahun yang berada di bilik atas mengalami sesak nafas dan dibawa ke hospital oleh EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan)," katanya.

Beliau berkata keseluruhan operasi tamat pada 2.02 pagi.

Sementara itu,Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada 9.19 malam.

Beliau berkata siasatan awal bersama pasukan unit forensik JBPM mengesahkan kebakaran itu melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang didiami enam sekeluarga.

“Empat ahli keluarga lain berumur 18 hingga 49 tahun berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Abang Zainal Abidin berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca kejadian dan kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dan mendapatkan khidmat polis dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap