COVID-19: Kes kematian pertama direkodkan tahun ini
2025-06-20 HaiPress
Foto hiasan - WHO
KUALA LUMPUR,20 Jun - Satu kes kematian akibat COVID-19 telah direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24) yang merupakan kes kematian pertama tahun ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan,kes tersebut melibatkan individu dengan komorbiditi serius iaitu penyakit jantung dan diabetis serta tidak mengambil dos penggalak kedua.
Menurut KKM,situasi itu melibatkan penurunan ketara berbanding 57 kes kematian COVID-19 pada 2024,yang mana kematian terakhir sebelum ini berlaku pada 26 Mei 2024.
Ia membuktikan keberkesanan langkah kawalan dan perlindungan kesihatan awam yang dilaksanakan KKM.
Kementerian memaklumkan,kes COVID-19 meningkat 68 peratus iaitu kepada 3,379 kes pada ME24 berbanding 2,011 pada minggu sebelumnya.
Bagaimanapun,situasi semasa COVID-19 dalam negara kekal terkawal dan di bawah paras amaran kebangsaan,hasil pemantauan berterusan dan
intervensi kesihatan awam yang berkesan.
Menurut kenyataan itu,sebanyak 21,738 kes COVID-19 dilaporkan secara kumulatif sehingga ME24 dengan purata mingguan kekal sekitar 900 kes.
Pada ME 24 juga,sebanyak enam kes COVID-19 telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),melibatkan individu yang mempunyai komorbiditi
iaitu golongan rentan dengan penyakit sedia ada seperti hipertensi,diabetes,dislipidemia,penyakit jantung dan 'sindrom down'.
Kesemua kes sedang menerima rawatan rapi dengan pemantauan profesional kesihatan.
Tambah kenyataan itu,KKM turut menyeru rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia untuk mendapatkan vaksinasi mengikut keperluan sempena Program Imunisasi Kebangsaan.