Close

KPKT meterai perjanjian konsesi bangun loji WTE di Sungai Udang

2025-06-19 HaiPress

Majlis Pemeteraian Perjanjian Konsesi Bagi Pembangunan Loji Waste-to-Energy (WTE) di Sungai Udang,Melaka

PUTRAJAYA,19 Jun- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memeterai perjanjian konsesi bagi pembangunan Loji Waste-to-Energy (WTE) di Sungai Udang,Melaka dalam usaha memperkukuh pengurusan sisa pepejal secara mampan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming berkata,pelaburan mencecah RM660 juta itu menandakan permulaan fasa baharu dalam agenda nasional ke arah sifar sisa dan pengurangan karbon melalui pendekatan teknologi hijau.

"Teknologi Waste-to-Energy (WTE) muncul sebagai antara pemacu utama dalam transformasi sistem pengurusan sisa pepejal negara. Langkah ini dijangka menyumbang sehingga 600 megawatt tenaga boleh baharu.

"Ia sebagai sebahagian daripada strategi untuk mencapai 70 peratus kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2050," katanya ketika berucap pada Majlis Pemeteraian Perjanjian Konsesi Bagi Pembangunan Loji Waste-to-Energy (WTE) di Sungai Udang,Melaka di sini.

Pembinaan loji itu akan dibina di atas tanah seluas 9.8 ekar di tapak pelupusan sedia ada di Sungai Udang menggunakan teknologi pembakaran stoker grate incineration yang mematuhi semua piawaian teknikal dan alam sekitar.

Pembinaan dijangka bermula pada 2026 dan dijangka siap menjelang 2029. Tempoh konsesi pula ditetapkan selama 34 tahun,termasuk tiga tahun tempoh pembinaan.

Projek ini turut menjadi sebahagian daripada pelaksanaan dasar nasional 'One WTE One State',yang menyasarkan pembinaan 18 buah loji Waste-to-Energy di seluruh semenanjung Malaysia menjelang 2050.

Projek itu merupakan fasiliti WTE kedua di negara ini selepas loji pertama di Ladang Tanah Merah,Port Dickson yang siap pada tahun 2023.Ia akan dilaksanakan menerusi pendekatan kerjasama awam-swasta (Public Private Partnership) oleh konsortium Malakoff Corporation Berhad dan Alam Flora Environmental Solutions Sdn. Bhd. (AFES).

Perjanjian konsesi yang disaksikan Nga Kor Ming itu ditandatangani Ketua Setiausaha KPKT,Datuk Wira M Noor Azman Taib,Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp),Khalid Mohamed,serta Pengarah Syarikat Sungai Udang WtE Sdn. Bhd.,Anwar Syahrin Abdul Ajib dan disaksikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap