Prospek ekonomi positif dan pembaharuan struktur sokong kestabilan ringgit
2025-05-19 HaiPress
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour
KUALA LUMPUR,16 Mei - Prospek makroekonomi Malaysia yang positif dan pelaksanaan pembaharuan struktur yang berterusan akan memberikan sokongan jangka sederhana kepada ringgit.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata,faktor luaran dijangka terus mempengaruhi kadar pertukaran ringgit.
"BNM kekal komited untuk memastikan pasaran pertukaran asing domestik berfungsi dengan teratur," katanya ketika mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2025,di ibu negara.
Pada suku pertama 2025,ringgit kekal stabil secara keseluruhan. Kadar pertukaran efektif nominal (NEER) berbanding mata wang rakan dagangan utama Malaysia meningkat sedikit sebanyak 0.01 peratus.
Tambahnya,ringgit turut menambah nilai sebanyak 0.8 peratus berbanding dolar Amerika dan pergerakan ini didorong terutamanya oleh dolar Amerika yang melemah kerana ketidakpastian berhubung dasar perdagangan Amerika yang semakin meningkat.