Close

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

2025-04-27 IDOPRESS

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR,27 April- Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim,menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-91 kepada seluruh warga dan veteran pasukan itu.

Dalam perutusan baginda,Seri Paduka turut merakamkan penghargaan kepada para veteran serta mereka yang pernah berkhidmat dan menabur bakti dalam memperkukuh kekuatan TLDM.

Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM),Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa,bakti dan pengorbanan seluruh warga dan bekas anggota TLDM dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.

"Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan para syuhada," titah Seri Paduka Baginda.

Bertemakan “TLDM Perkasa Kedaulatan Terpelihara”,baginda turut mendoakan agar TLDM terus menjadi angkatan yang disegani di peringkat antarabangsa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap