Close

Sultan Selangor ucap Selamat Hari Ulang Tahun TLDM ke-91

2025-04-27 HaiPress

FOTO FB Selangor Royal Office

27 April- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini berkenan mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ke-91 kepada seluruh warga TLDM.

Menurut satu hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office,sebagai Kepten Yang Dipertua TLDM,Baginda berharap agar pada hari bersejarah ini,semua anggota TLDM akan terus mengekalkan adat dan tradisi tentera laut,serta berperanan sebagai barisan hadapan yang berwibawa dalam mempertahankan keselamatan perairan negara.

"Baginda turut menzahirkan harapan agar seluruh warga TLDM terus mempamerkan kesetiaan,semangat juang yang tinggi dan komitmen terhadap perkhidmatan yang mereka cintai," menurut kenyataan tersebut.

Sultan Sharafuddin juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua anggota TLDM atas dedikasi,keazaman,dan semangat berpasukan yang ditunjukkan sepanjang perkhidmatan mereka.

Baginda turut mengingatkan seluruh rakyat Malaysia untuk menghargai dan mengenang jasa,perjuangan,dan pengorbanan warga Tentera Laut yang telah berbakti kepada negara.

Di akhir kenyataan,Baginda mendoakan agar para perwira dan srikandi negara sentiasa dilindungi dan diberi kekuatan oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

"Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia yang Ke-91".

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap