Close

Lima rakyat Malaysia cedera ringan kemalangan bas pelancong di Tokyo

2025-04-07 IDOPRESS

Bangunan Wisma Putra di Putrajaya / Foto Hiasan / Bernama

PUTRAJAYA,6 April – Lima rakyat Malaysia cedera ringan dalam satu kemalangan membabitkan dua buah bas pelancong di barat Tokyo,Jepun,semalam.

Menurut kenyataan Wisma Putra,kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 10.15 pagi waktu tempatan di Lebuh Raya Chuo,Hachioji,berhampiran pintu masuk Terowong Kobotoke.

Kedua-dua bas yang terlibat membawa 47 penumpang,majoritinya pelancong asing,dalam perjalanan dari Stesen JR Tokyo ke Tasik Kawaguchi di Wilayah Yamanashi.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila salah satu bas melanggar belakang bas yang lain.

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo memaklumkan semua rakyat Malaysia yang terlibat telah menerima rawatan dan pemeriksaan kesihatan,sebelum dibenarkan pulang ke tempat penginapan mereka.

Wisma Putra melalui Kedutaan Malaysia di Tokyo akan terus memantau perkembangan keadaan dan bersedia memberi bantuan konsular jika diperlukan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap