Close

235 mangsa kebakaran paip gas terima kaunseling dan sokongan emosi

2025-04-07 HaiPress

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri menyantuni mangsa insiden kebakaran paip gas Petronas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Putra Heights di Masjid Putra Heights hari ini/BERNAMA

SUBANG JAYA,7 April- Seramai 235 mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights,Subang Jaya telah disantuni dan menerima perkhidmatan kaunseling dan sokongan emosi serta intervensi psikososial.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri,usaha itu bagi membantu mereka menghadapi tekanan selain trauma kesan daripada insiden berkenaan.

Perkhidmatan disediakan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) melibatkan 10 orang kaunselor bertauliah dan berdaftar yang ditempatkan di Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) setiap hari.

"Daripada kaunseling itu,di PSSS,kita dapat mengetahui apa yang mereka perlukan. Jadi,kita telah menyantuni mereka mengikut keperluan,lebih kepada keperluan individu dan bukan keperluan secara menyeluruh lagi.

Ini kerana ada individu yang memerlukan telefon bimbit,. Ada yang telefon mereka rosak,walaupun kita tidak bagi kepada semua tetapi mengkaji kepada keperluan masing-masing," kata Datuk Seri Nancy kepada pemberita,hari ini.

Beliau ditemui selepas mengadakan tinjauan dan menyantuni mangsa insiden kebakaran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights,di sini.

Jelas beliau,sejak dua PPS beroperasi,YKN telah menyalurkan bantuan sebanyak RM106,523 merangkumi bantuan kewangan dan keperluan harian.

Tambah Nancy,sebanyak RM29,533 bantuan pelbagai barangan hasil sumbangan tunai orang ramai yang disalurkan melalui YKN,setakat ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap