Bursa Malaysia dibuka rendah, berikutan pengambilan untung sederhana
2025-02-07 IDOPRESS
Foto Fail
KUALA LUMPUR,7 Februari- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih,diterajui oleh SD Guthrie dan Tenaga Nasional,kata penganalisis.
Pada pukul 9.06 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 1.71 mata kepada 1,583.46 berbanding 1,585.17 semasa ditutup pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.55 mata kepada 1,583.62.
Bagaimanapun,di pasaran meluas,kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 157 berbanding 114 manakala 229 kaunter tidak berubah,1,817 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 121.16 juta unit bernilai RM77.48 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur berikutan peniaga mengambil kira laporan pendapatan korporat terkini yang turut mencatat prestasi berbeza-beza.
Beliau berkata fokus pada masa ini tertumpu kepada aspek-aspek khusus syarikat manakala sebahagian besarnya tidak memberikan perhatian kepada isu tarif.
Sementara itu,hasil bon 10 tahun AS meningkat sedikit kepada 4.436 peratus.
Thong berkata,di sebalik pergolakan kewangan akibat ketegangan perdagangan AS-China,Indeks Hang Seng Hong Kong berjaya mengharungi ketidaktentuan setakat ini,dengan mengekalkan paras lebih 20,000 dan hampir mencecah paras 21,000.
Pada masa sama,beliau berkata pelabur dilihat positif sambil berharap lebih banyak langkah dasar dijangka diumumkan oleh Beijing tidak lama lagi.
Di dalam negara,FBM KLCI meningkat sedikit apabila melepasi paras 1,580 pada Khamis,berkemungkinan berikutan kembalinya dana asing.
“Sekiranya keadaan ini berterusan,kami yakin indeks akan menguji semula pada paras 1,600 pada bila-bila masa. Oleh itu,kami menjangka indeks ini akan berada dalam julat 1,580 hingga 1,590 mata hari ini,” kata Thong kepada Bernama.
Peniaga ActivTrades,Anderson Alves pula berkata ekuiti Asia mungkin diniagakan tidak berubah pada Jumaat dengan minat risiko yang dilihat suram.
Beliau berkata pada masa ini peniaga sedang menunggu dan membuat persediaan mengenai data pekerjaan AS.
“Pasaran mungkin mengalami ketidaktentuan sekiranya data berkenaan melebihi jangkaan,tetapi tidak akan mengubah hala tuju dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) memandangkan lebih banyak data diperlukan,” kata Alves.
Di dalam negara,saham wajaran tinggi SD Guthrie dan Tenaga masing-masing susut 6.0 sen kepada RM4.90 dan RM13.66,Press Metal Aluminium dan Maxis masing-masing rendah 3.0 sen kepada RM4.96 dan RM3.51 manakala Public Bank rendah 1.0 sen kepada RM4.44.
TWL mendahului senarai saham paling aktif,meningkat setengah sen kepada 3.0 sen,Supermax naik 6.0 sen kepada RM1.26,Top Glove menambah 2.0 sen kepada RM1.24 dan MYEG menokok setengah sen kepada 99 sen manakala Harvest Miracle Capital susut 2.5 sen kepada 17 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas mengukuh 1.52 mata kepada 12,092.92,Indeks FBMT 100 meningkat 0.06 mata kepada 11,785.00 dan Indeks FBM Emas Shariah rendah 3.28 mata kepada 11,937.91.
Indeks FBM ACE merosot 13.15 mata kepada 5,251.36 manakala Indeks FBM 70 naik 50.23 mata kepada 17,951.20.
Dari segi sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 8.98 mata kepada 19,158.72 manakala Indeks Perladangan susut 18.49 mata kepada 7,449.85,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.19 mata kepada 166.26 dan Indeks Tenaga meningkat 0.48 mata kepada 827.96.- BERNAMA