Close

PNB umum dividen ASB 5.75 sen seunit, paling tinggi dalam lima tahun

2024-12-25 IDOPRESS

Foto FB PNB

KUALA LUMPUR,24 Disember- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB),umum agihan pendapatan 5.75 sen seunit,bagi dana utamanya,Amanah Saham Bumiputera (ASB),untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Jumlah itu meliputi pengagihan pendapatan,5.5 sen seunit dan bonus,0.25 sen seunit.

Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM10.1 bilion akan memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.

Kenyataan Permodalan Nasional Berhad (PNB) memaklumkan,agihan dividen tahun ini lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit pada tahun 2023.

Ini menjadikannya,agihan paling kukuh dalam tempoh lima tahun.

Syarikat induk kepada ASNB itu menyatakan,prestasi lebih baik didorong impak positif daripada strategi kepelbagaian aset.

Selain itu,ia turut disokong faktor pasaran ekuiti awam Malaysia yang kukuh,dipacu pertumbuhan ekonomi dan pengukuhan ringgit.

Transaksi menerusi cawangan dan ejen,meliputi semua saluran dalam talian dan perbankan internet,akan digantung sementara dari 28 hingga 31 Disember 2024.

Pemegang unit boleh meneruskan transaksi di semua saluran dalam talian dan perbankan internet bermula 1 Januari 2025,dan di cawangan dan ejen ASNB bermula 2 Januari 2025.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap