Close

Kos rawatan hospital swasta kompetitif - Anwar

2024-12-10 HaiPress

Anwar Ibrahim / Foto RTM

KUALA LUMPUR,10 Disember-Kos rawatan di hospital swasta dalam negara masih dianggap kompetitif berbanding negara jiran.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa perkara itu dibuktikan melalui kemasukan sehingga 50 peratus pesakit luar negara di beberapa hospital,termasuk di Kuala Lumpur,Melaka,dan Pulau Pinang.

Anwar turut mengakui terdapat peningkatan kos yang disebabkan oleh pembelian ubat-ubatan,alat-alat kepakaran,serta kenaikan kadar upah.

"Ada hospital umpamanya dapat menarik sehingga 50 peratus pesakit dari luar negara,ini kerana kos kita itu dianggap rendah.

"Jadi sedikit kenaikan premium saya fikir munasabah cuma bagaimana Bank Negara Malaysia boleh kawal supaya ia tidak bebankan pengguna dan menyebabkan inflasi," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Langat,Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi di Dewan Rakyat di sini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap