Close

Malaysia kekal teguh bersama Palestin

2024-12-10 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR,10 Disember- Malaysia kekal teguh dalam solidariti dan komitmen terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka sendiri serta membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran facebook mendoakan hubungan erat antara Malaysia dan Palestin terus kukuh dan segala usaha untuk mencapai keamanan dan keadilan di bumi Palestin dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Beliau telah memenuhi undangan ke Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh Duta Besar Negara Palestin ke Malaysia,Tuan Yang Terutama Walid Abu Ali,malam tadi.

Ia sebagai penghormatan kepada Penasihat Agama kepada Presiden Palestin merangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negara Palestin,Dr Mahmoud Sedqi Abdalrahman Alhabbash.

"Saya turut mengambil kesempatan untuk terus menzahirkan sokongan Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin yang selama ini menghadapi pelbagai bentuk penindasan dan kezaliman",katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap