Niaga hadapan emas ditutup tinggi
2024-12-06 HaiPress
FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,5 Disember - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit hari ini menjelang data senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) esok yang boleh mempengaruhi trajektori kadar faedah di AS.
Kontrak bulan semerta Disember 2024 dan Januari 2025,masing-masing meningkat kepada US$2,656.90 dan US$2,656.90 setiap auns troy manakala Februari 2025,Mac 2025 dan April 2025,semuanya kekal pada US$2,680.60 setiap auns troy.
Jumlah dagangan menurun kepada satu lot daripada sembilan lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 20 kontrak daripada 64 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 4 Disember,harga emas fizikal kekal pada US$2,648.65 setiap auns troy. - BERNAMA