Banjir: Pemuda sumbang dua tan ikan segar kepada PPS Kelantan
2024-12-01 HaiPress
Foto RTM
KOTA BHARU,1 Disember- Seorang pemilik pasar ikan di Kubang Kerian menyumbangkan hasil laut segar terutamanya ikan kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa daerah di Kelantan sejak tiga hari lalu.
Inisiatif Azri Abd Aziz,32 tahun bertujuan meringankan sedikit beban dan penderitaan yang ditanggung penduduk terjejas banjir selepas kediaman mereka dinaiki air.
Nazri berkata makanan laut segar seperti ikan gelama,kerisi,tongkol,udang dan sotong itu diagih kepada mangsa banjir atas niat sedekah kepada allahyarham bapanya,Abdul Aziz Daud dan abangnya,allahyarham Mohamad Azuwan.
Bekalan tersebut diperole dari Perak dengan bekerjasama rakan-rakan pemillik bot serta pengusaha ikan di tempat lain.
Menurut Nazri,bekalan ikan itu tiba di Kubang Kerian pada pukul 3.00 pagi sebelum diagihkan ke enam hingga tujuh PPS di Kota Bharu,Machang dan Tumpat.