Close

MYTV-CRM akan bertemu MITI, bincang usaha perluas MYTV

2024-11-26 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,26 November- MYTV Broadcasting (MYTV) bersama rakan strategiknya,Radio Komersial Malaysia (CRM) dalam usaha mengatur pertemuan dengan pihak Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI).

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil menjelaskan ia bertujuan membincangkan usaha memperluas penggunaan aplikasi MYTV Mana-Mana dengan memuat naik aplikasi itu ke dalam Unit Utama Infotainment (IHU) semua kenderaan termasuk kenderaan elektrik EV.

"Jadi kita harap,perbincangan tersebut dapat membuahkan hasil yang positif. MYTV Mana-Mana bukan hanya sekadar ada radio tapi ada di stesen-stesen televisyen tempatan.

Saya lihat ini pola penggunaan yang baharu terutama dalam kalangan pengguna,kalau kita tahu yang boleh memanfaatkan aplikasi MYTV Mana-Mana. Jadi,kalau sebelum ini dalam peranti masing-masing,kini boleh juga dalam kenderaan," kata Fahmi kepada pemberita,hari ini.

Beliau ditemui media selepas melancarkan aplikasi penstriman MYTV Mana-Mana ke dalam sistem radio Infotainment-Head-Unit (IHU) Proton X70 di ibu negara.

Dalam pada itu,beliau optimis untuk mengadakan perbincangan dengan syarikat pengendali penerbangan tempatan bagi memperluas penggunaan aplikasi tersebut dalam pesawat pada masa depan.

Bagaimanapun,ia bergantung kepada kebolehupayaan akses internet di ruang udara.

Dalam pada itu,tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan papan tanda yang tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur,tidak perlu dipolemikkan.

Ini memandangkan ia adalah antara syarat bagi permohonan lesen perniagaan oleh PBT kepada peniaga untuk mempamerkan papan tanda di premis masing-masing.

Bagaimanapun,Fahmi menyarankan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) berlaku adil dalam penguatkuasaan undang-undang peraturan papan tanda dwibahasa.

Katanya,penguatkuasaan seumpamanya memerlukan pemantauan secara berterusan selain tidak mengambil tindakan secara bermusim,bagi mengelak kekeliruan dan salah faham dalam kalangan rakyat terutama peniaga tempatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap