Close

Kempen Jom Kosong dapat sambutan menggalakkan

2024-11-21 HaiPress

FUZIAH SALLEH

KUALA LUMPUR,21 November- Kempen ‘Jom Kosong’ yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia semakin mendapat sambutan.

Timbalan Menteri berkenaan Fuziah Salleh berkata kempen ini melibatkan kerjasama dengan rakan strategik terdiri daripada pengusaha restoran,premis makanan dan minuman,serta persatuan seperti Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).

"Dua hari lepas Tealive (jenama minuman) melancarkan kempen Jom Kosong mereka dengan KPDN dengan 1,000 outlet terlibat,manakala Secret Recipe ada 360 outlet yang terlibat dengan Jom Kosong.

"Di samping itu,terdapat Persatuan yang lain telah mengatakan komitmen seperti Sahabat Tomyam Prihatin dan kita menunggu Restoran India Malaysia juga terlibat," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Tebrau,Jimmy Puah Wee Tse yang ingin tahu sama ada langkah KPDN menganjurkan program dan kempen kesedaran mengenai pengurangan penggunaan gula dalam makanan dan minuman berkesan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap