Close

1BestariNet: Tiada tindakan sivil, siasatan diteruskan

2024-11-11 HaiPress

Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR,11 November- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses memuktamadkan cadangan penyelesaian bagi isu projek 1BestariNet dan akan mengemukakan kepada Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri untuk menentukan hala tuju selanjutnya.

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh menjelaskan antara isu terkini selepas tamat perjanjian adalah berkaitan kadar sewaan tapak dan caj elektrik untuk menara 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS) yang melibatkan 2,748 menara.

"KPM sedang memuktamadkan cadangan penyelesaian dan akan mengemukakannya kepada Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri untuk menentukan hala tuju isu ini.

"Setakat ini,tiada tindakan undang-undang sivil difailkan di mahkamah oleh kerajaan. Pada masa yang sama,pelaksanaan projek 1BestariNet masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"KPM menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat perkara ini dan sedia memberi kerjasama penuh dalam siasatan tersebut," katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mengenai status terkini projek 1BestariNet.

Projek 1BestariNet adalah inisiatif kerajaan untuk menggantikan dan meningkatkan sistem rangkaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap