Close

Fenomena garis badai, warga Terengganu dinasihat berjaga-jaga

2024-10-25 HaiPress

Foto BERNAMA

TERENGGANU,25 Oktober- Penduduk di negeri ini dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan kejadian garis badai yang berisiko menyebabkan hujan lebat dan angin kencang dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Terengganu,Rosli Zakaria berkata,ramalan cuaca signifikan telah dikeluarkan pagi tadi berkaitan Ribut Tropika Trami yang sedang aktif di Laut China Selatan.

Menurut beliau,ribut itu dijangka bergerak ke arah barat menghala ke Vietnam dan menyebabkan peningkatan kelajuan angin di rantau negara sehingga 28 Oktober ini.

"Ia juga berpotensi membawa hujan berterusan di Sabah serta membentuk garis badai di Pantai Timur dan utara Semenanjung dalam tempoh tersebut.

"Di Terengganu,hujan lebat dan ribut dijangka berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam hingga ribut tersebut berakhir," katanya ketika dihubungi RTM.

Bagaimanapun amaran itu tidak mempunyai kaitan dengan Monsun Timur Laut (MTL) kerana ia masih belum bermula.

Orang ramai dinasihatkan agartidak menghampiri kawasan pantai,sungai,dan pokok besar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Selaintidak terlalu panik dengan ramalan cuaca tidak tepat oleh pihak tidak berautoriti di media sosial,seperti yang tular malam tadi,sebaliknya boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman web rasmi METMalaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap