Indeks Pelopor Julai meningkat 5.2%
2024-09-25 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,24 September- Indeks Pelopor (IP) yang meramalkan arah aliran ekonomi untuk beberapa bulan akan datang,meningkat 5.2 peratus kepada 115.1 mata,Julai lepas.
Peningkatan itu menandakan pengukuhan berterusan ekonomi Malaysia bagi suku keempat tahun inI.
Pertumbuhan dalam IP dipacu lonjakan Import Benar Semi Konduktor sebanyak 36.7 peratus dan Indeks Perusahaan Bursa Malaysia sebanyak 35.4 peratus.
IP konsisten melepasi paras 100 mata,menggambarkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan.
Ia disokong pengembangan positif dalam penggunaan domestik dan permintaan berterusan oleh pasaran luar.
Sementara itu,Indeks Serentak yang menggambarkan keadaan ekonomi semasa,menunjukkan pertumbuhan berterusan.
Ia meningkat 2.8 peratus kepada 127.3 mata,didorong kenaikan merentasi semua komponen.