Close

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

2024-09-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,19 September- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM29.23 bilion daripada RM23.50 bilion pagi ini manakala dana Islam susut kepada RM21.09 bilion daripada RM24.76 billion sebelumnya.

Terdahulu,bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan tender repo Islam berbalik.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM29.20 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM21.10 bilion,kedua-duanya bagi tempoh matang sehari.

Setakat 18 Sept,2024,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap