Close

Bendung salah laku siber, pasukan petugas khas bakal dibentuk - Fahmi

2024-08-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR,18 Ogos- Pasukan petugas khas akan dibentuk minggu ini bagi membendung salah laku dan jenayah siber.

Penubuhan pasukan tersebut adalah menerusi kerjasama antara Kementerian Komunikasi,Kementerian Dalam Negeri (KDN),Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara.

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil berkata komitmen berkenaan dinyatakan selepas siri perbincangan bersama Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan beberapa lagi pemegang taruh bagi membincangkan beberapa perkara khusus mengenai aspek kawal selia dan penguatkuasaan pihak berwajib.

"Perlu kerjasama untuk kita fahamkan bukti dan mengumpulkan data yang secukupnya untuk kita bawa ke mahkamah."

"Jadi,aspek pendakwaan ini sangat penting untuk elak daripada masalah yang berlaku hari itu," kata Fahmi kepada pemberita pemberita selepas melawat keluarga mendiang Esha di ibu kota,hari ini.

Tambahnya,penekanan ke atas aspek hukuman dan siasatan terperinci perlu dibuat agar tidak berlaku keadaan ada mana-mana pihak yang terlibat dengan buli siber menerima hukuman yang tidak setimpal.

Terdahulu,kes buli siber terhadap pempengaruh,Rajeswary Appahu atau Esha menjadi perbincangan umum selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda maksimum RM100 ke atas tertuduh yang dianggap terlalu ringan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap