Close

Usahawan desa digalak ambil peluang daripada inisiatif AI

2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Rubiah Wang berucap pada perasmian Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 4 di Kuching

KUCHING,12 Ogos- Usahawan desa digalakkan untuk mengambil peluang daripada inisiatif penggunaan kecerdasan buatan AI,dengan memulakan langkah mendigitalkan perniagaan mereka.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Rubiah Wang memberitahu,ia sebagai persediaan asas kepada para usahawan untuk menghadapi persaingan,selain membantu memberikan impak positif kepada eko-sistem teknologi negara.

Beliau berkata,mengambil contoh firma teknologi digital awan terkemuka dunia,Alibaba Cloud telah melancarkan Program Pemecutan Digital dengan menapakkan tiga inisiatif utama,bertujuan memacu penggunaan AI.

Katanya inisiatif tersebut membuka peluang kepada usahawan untuk mendigitalkan perniagaan dan meningkatkan daya saing dalam ekosistem perniagaan yang semakin sengit.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmian Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 4 di Kuching.

Mengenai program tersebut,Datuk Rubiah menjelaskan sebanyak RM1.7 juta diperuntukan bagi pelaksanaannya,dengan sasaran penyertaan 1,200 usahawan desa seluruh negara menerusi enam siri program yang dirancang tahun ini.

Seramai 725 usahawan menyertai empat siri program yang telah diadakan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap