Semangat Merdeka tetap membara di Pos Gob
2026-08-31 HaiPress

Foto RTM
GUA MUSANG,31 Ogos – Jauh di kawasan pedalaman tidak pernah memudarkan semangat patriotik lebih 500 penduduk Orang Asli kaum Temiar di Pos Gob,Gua Musang,Kelantan untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-69.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Gob,Adi Liman berkata,sambutan Hari Kebangsaan secara besar-besaran jarang dinikmati penduduk di kawasan pedalaman.
“Kemeriahan sambutan tahun ini memberikan suntikan semangat kepada penduduk setempat untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan,” katanya.
Seorang lagi penduduk Pos Gob,Aman Angah turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan sambutan berkenaan.
Katanya,sambutan itu bukan sahaja mengeratkan hubungan antara penduduk dengan pemimpin setempat,malah menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat Orang Asli di pedalaman.
“Sambutan ini memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan dalam suasana yang lebih meriah dan penuh semangat patriotik,” katanya kepada RTM.