Close

Kerajaan sedia teliti cadangan gabung GST, SST

2026-08-18 HaiPress

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,18 Ogos – Kerajaan sedia meneliti cadangan menggabungkan elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi membentuk sistem percukaian negara yang lebih progresif,efisien,dan adil.

RINGKASAN BERITA AI

“Tetapi,apakah kita harus bergantung kepada SST sebagaimana sekarang? Sebab ia juga mempunyai kelemahan. Jadi,bagaimana kita boleh menggabungkan kedua-dua sistem ini dan mencari jalan baharu dalam menentukan sistem percukaian yang lebih progresif dan lebih efisien?,” katanya.


Beliau berkata demikian pada Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu,kerajaan komited melaksanakan pembaharuan ekonomi secara agresif tanpa mengabaikan isu kos sara hidup yang menjejaskan punca pendapatan rakyat.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa negara perlu seimbang dalam mengejar kemajuan teknologi tinggi dan menangani isu ‘fundamental’ rakyat.


“Kalau kita tidak menguasai AI,pendigitalan dan teknologi baharu,kita akan ketinggalan. Dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E),kita akan gagal sebagai sebuah negara. Itu maknanya kita perlu melihat ke hadapan. Tetapi jangan lupa,kita masih menghadapi masalah bahasa,masalah budaya,masalah kemiskinan dan kesenjangan antara golongan kaya dengan miskin. Itu maknanya kita mesti mengakar di bumi,” katanya lagi.Menyentuh mengenai iklim ekonomi semasa,Perdana Menteri menegaskan bahawa kestabilan politik merupakan syarat mutlak untuk menarik kemasukan pelabur ke dalam negara.Tindakan bertempur secara politik hanya akan merundumkan ekonomi negara dan merugikan rakyat.



“Kestabilan politik itu sangat penting bagi negara kita. Orang tidak akan melabur kalau politik itu tidak stabil. Sebab itu orang sergah saya kerana nampak kompromi,tapi saya ada pilihan. Bertempur,ekonomi menjunam,kompromi akan memberi keterbatasan tentang langkah-langkah yang diambil Itu di antara dua keputusan yang harus dibuat. Saya memilih untuk menjaga supaya politik stabil dan ekonomi berkembang,” kata Datuk Seri Anwar lagi.



Datuk Seri Anwar berkata,usaha memperkukuh tadbir urus dan memastikan proses perolehan kerajaan lebih telus juga penting bagi membendung ketirisan serta memastikan sumber negara dapat dimanfaatkan untuk keperluan rakyat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap