Jerebu: Enam sekolah di Tebedu ditutup sementara
2026-08-12 HaiPress

Foto BERNAMA
KUCHING,12 Ogos – Enam sekolah di kawasan Tebedu di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian,telah ditutup sementara susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 akibat jerebu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sehubungan itu,pengetua dan guru besar hendaklah bertindak segera berdasarkan bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing dan tidak perlu menunggu arahan penutupan daripada PPD atau JPN.
Pendekatan tersebut penting bagi memastikan tindakan perlindungan terhadap murid dan warga sekolah dapat dilaksanakan secara pantas tanpa berlaku kelewatan,khususnya apabila bacaan IPU telah mencapai tahap yang ditetapkan dalam garis panduan KPM.
JPNS melalui PPD Serian akan terus memantau perkembangan bacaan IPU dan keadaan kualiti udara dari semasa ke semasa dengan mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa serta agensi berkaitan.