Penstrukturan semula tahun 2018 penyelamatan kewangan segera, elak insolvensi – TH
2026-07-31 HaiPress

KUALA LUMPUR,31 Julai – Pelan penstrukturan semula pada tahun 2018 sebagai tindakan penyelamatan kewangan segera oleh kerajaan ketika itu bagi melindungi Lembaga Tabung Haji (TH) daripada risiko insolvensi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pilihan yang dimuktamadkan adalah menjual aset kurang berdaya saing dan bermasalah pada nilai premium kepada kerajaan bagi menutup jurang antara aset dan liabiliti supaya institusi itu kekal upaya.
“Syarikat Tujuan Khas milik penuh kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) telah membeli aset-aset bernilai RM9.7 bilion pada jumlah RM19.9 billion untuk menutup defisit yang dihadapi dan membolehkan agihan keuntungan diisytihar bagi tahun 2018.
“Transaksi ini dibiayai oleh dua siri sukuk terbitan UJSB yang diberi surat sokongan kerajaan dengan kadar keuntungan 4.05 peratus dan 4.1 peratus setahun,” jelasnya.
Menurut TH,hasil pelaksanaan pelan strategik,reformasi serta tadbir urus yang lebih baik di bawah kepimpinan Pengerusi,Lembaga Pengarah serta pasukan pengurusan yang profesional dan berwibawa,TH kini berjaya kembali ke landasan yang lebih kukuh dan mampan tanpa campur tangan kerajaan.
“Kadar agihan keuntungan diisytihar TH bertambah baik dan stabil dengan pulangan meningkat daripada 1.25 peratus bagi tahun 2018 kepada 3.25 peratus bagi tahun 2024 dan 3.5 peratus bagi tahun 2025.
“Agihan keuntungan tersebut dibuat setelah mengambil kira rosot nilai aset-aset bermasalah yang tidak dapat dipindahkan ke UJSB pada akhir tahun 2018 atas sebab-sebab tertentu berjumlah RM2.6 bilion,” katanya.
Kedudukan kewangan TH kini lebih kukuh dan mula membina semula rizab untuk masa depan yang lebih stabil.
“Pelan pemulihan dan penstrukturan TH berjaya menangani kerugian pelaburan RM12.6 bilion iaitu RM10 bilion melalui pelan pemulihan 2018 dan RM2.6 bilion secara berperingkat sehingga hujung 2025,” ujarnya.
TH kekal komited untuk melindungi kepentingan para pendeposit,mengukuhkan kepercayaan awam,serta memastikan institusi berkenaan terus beroperasi dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.