Luang 10 minit seminggu periksa kawasan rumah cegah denggi
2026-07-20 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,20 Julai– Masyarakat digesa meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk memeriksa kawasan rumah dan persekitaran bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
RINGKASAN BERITA AI
−
Cegah denggi ini sebenarnya adalah tanggungjawab bersama. Kita kena ambil langkah untuk membersihkan kawasan rumah sendiri. Gotong-royong dalam komuniti juga amat penting,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
Beliau turut memaklumkan,KKM melaksanakan pendekatan Integrated Vector Management (IVM) yang merangkumi pemantauan kes serta kawalan pembiakan nyamuk pada setiap peringkat kitaran hayatnya.
Menurut data KKM,lebih 40,000 kes demam denggi dilaporkan sejak Januari hingga 9 Julai lalu,meningkat 34.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
34 kematian turut direkodkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.